- Photoshop Cs5 – Pilih kawasan spesifik dalam gambar di klik lebih sedikit. Mudah memilih elemen gambar yang rumit seperti rambut; menghilangkan warna latar belakang di sekitar tepi seleksi; dan secara otomatis bervariasi tepi seleksi dan masker sempurna menggunakan alat perbaikan baru. Jadi tidak perlu terlalu banyak melakukan pekerjaan seperti versi adobe terdahulu
Wah sepertinya enak ya tidak memerlukan kerja keras namun hasil akhir bisa maksimal. - Superior HDR Adobe Photoshop Cs5 – Superior HDR imaging ditingkatkan, Buat gambar HDR foto-realistis atau nyata dengan kecepatan yang belum pernah terjadi sebelumnya, kontrol, dan akurasi. Dapatkan lebih baik dari yang pernah berkat hasil untuk penghapusan hantu otomatis dan kontrol yang lebih besar dengan pemetaan nada dan penyesuaian, dan bahkan memberikan eksposur tunggal foto tampilan HDR.
- Pengolahan citra Adobe Photoshop Cs5 – Pengolahan citra Negara-of-the-art mentah ditingkatkan, Gunakan Adobe Photoshop Baku Kamera 6 plug-in untuk menghilangkan noise tanpa merusak citra sambil mempertahankan warna dan detail, menambah gandum untuk membuat foto digital terlihat lebih organik; menikmati kontrol yang lebih saat Anda melakukan vignetting pasca-panen, dan banyak lagi.
- Kinerja lebih cepat di Adobe Photoshop Cs5 – Kinerja lebih cepat di seluruh platform ditingkatkan, Mempercepat pencitraan tugas sehari-hari dan proses gambar yang sangat besar hingga sepuluh kali lebih cepat dengan memanfaatkan dukungan cross-platform 64-bit. (Membutuhkan komputer 64-bit-mampu dengan versi 64-bit Mac OS, Microsoft ® Windows ® 7, atau Windows Vista ®. Aktual kinerja bervariasi tergantung pada jumlah RAM, tipe driver, dan faktor lainnya.)
- Superior konversi hitam putih ditingkatkan di Adobe Photoshop Cs5 – Superior konversi hitam-putih ditingkatkan, Jelajahi sebuah berbagai jenis tampak hitam-putih. Gunakan Lab B terpadu & W Aksi untuk gambar interaktif warna, membuat cantik HDR hitam-putih dengan lebih mudah dan kecepatan, dan percobaan dengan preset baru.
- Nah dari pada panjang lebar lebih baik tindakan Download Film Ratu KOSTmopolitan betul bukan? Silakan Gunakan Adobe Photoshop Cs5, untuk link download Download Adobe Photoshop CS5, silahkan kirim komentar anda disini .
Tuesday, August 2, 2011
Kelebihan Photoshop CS5
Kes Sosilawati: Rakaman saksi tidak boleh dipakai - peguam bela
SHAH ALAM 2 Ogos - Prosiding bicara dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa rakaman percakapan saksi pendakwaan U. Suresh dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, tidak boleh digunapakai di mahkamah.
Peguam bela, Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama bekas peguam, N. Pathmanabhan, berhujah bahawa komputer riba dan peranti storan media digunakan oleh Pegawai Perakam dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, ASP Ong Seng Keong.
Beliau berkata, tiada sesiapa yang mengetahui isi kandungan yang ditaip dalam komputer riba itu.
"Ong (Seng Keong) dikatakan meninggalkan bilik siasatan itu dan sekembalinya dia dari luar dengan membawa rakaman percakapan setebal 24 muka surat.
"Tiada keterangan yang dapat membuktikan cara dokumen (rakaman percakapan) itu dicetak,” katanya.
Prosiding bicara dalam perbicaraan perbicaraan itu dijalankan bagi menentukan kebolehterimaan isi kandungan rakaman percakapan Suresh mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah setelah dicabar pihak pendakwaan mendakwa Suresh memberikan 22 keterangan bercanggah di mahkamah.
Sidang khas Majlis Keselamatan
Sidang khas Majlis Keselamatan
![]() |
| beberapa orang anggota tentera Syria berdiri di atas sebuah kereta kebal yang berkawal di bandar Hama, kelmarin. Tentera Syria menggunakan kereta kebal menggempur bandar Hama bagi mematahkan pemberontakan di bandar itu kelmarin mengakibatkan sekurang-kurangnya 45 penduduk awam terbunuh. - REUTERS |
DAMSYIK 1 Ogos - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) hari ini diminta mengadakan satu sidang khas bagi membincangkan keadaan di Syria selepas pasukan keselamatan negara ini membunuh hampir 140 penunjuk perasaan dalam satu demonstrasi bantahan anti Bashar al-Assad.
Aktivis berkata, angka kematian serangan tentera Syria ke atas demonstrasi di Hama semalam mencecah sekurang-kurangnya 100 orang.
''Ia merupakan angka kematian paling tinggi sejak demonstrasi bermula pada 15 Mac lalu,'' kata ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, Rami Abdel Rahman.
Aktivis berkata, sekurang-kurangnya 136 orang terbunuh di seluruh negara dan angka itu dijangka meningkat ekoran sejumlah besar orang lagi cedera dalam kejadian itu.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan pemimpin Eropah mengutuk serangan itu ketika Jerman dan Itali meminta Majlis Keselamatan PBB mengadakan satu sidang khas.
Satu pertemuan akan diadakan lewat hari ini namun tindakan itu bakal menambah perpecahan dalam Majlis Keselamatan ekoran pertentangan pendapat.
Majlis Keselamatan juga masih belum bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan keras Presiden Syria, Bashar al-Assad terhadap pembangkang.
Britain, Perancis, Jerman, Portugal dan AS mahu mengambil mengkritik tindakan Assad itu namun Rusia, China, Afrika Selatan, India dan Brazil yang marah dengan kempen serangan udara NATO di Libya, enggan menyokong kritikan itu.
Rusia dan China mengancam untuk menggunakan kuasa veto untuk membatalkan sebarang resolusi rasmi terhadap Assad. - AFP
Akhirnya Rajagobal panggil Zamani
Akhirnya Rajagobal panggil Zamani
![]() |
| Norhafiz Zamani Misbah (kiri) mempamer persembahan baik ketika Pilihan Malaysia menentang Chelsea dalam aksi persahabatan, sehingga ramai yang meminta dia disenaraikan untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, baru-baru ini. |
KUALA LUMPUR - Melihatkan betapa rapuhnya bahagian pertahanan skuad negara yang mudah dirobek Singapura sehingga tersingkir pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, Khamis lalu, barulah Datuk K. Rajagobal kembali memanggil semula tonggak berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah.
Bek tengah Negeri Sembilan berusia 30 tahun ini mendapat tempat di hati ketua jurulatih negara itu untuk latihan pusat menjelang dua perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Oman, antara 8 hingga 10 Ogos dan di satu lagi tempat yang akan ditentukan, antara 11 hingga 15 Ogos.
Penyenaraian semula Norhafiz Zamani yang mengemudi bahagian pertahanan Pilihan Malaysia menentang Chelsea, turut ada kaitannya dengan ‘kehilangan’ tiga tulang belakang Harimau Malaya, Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan Mahalli Jasuli yang ke Slovakia bagi siri persahabatan persediaan ke pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012, bulan depan.
Selain itu, skuad negara terpaksa melupakan seketika khidmat seorang lagi tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Radzak yang dikeluarkan kerana kecederaan lama kakinya yang berulang pada minit ke-23 perlawanan yang menyaksikan kita diikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional.
Siaran media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, menyebut seramai 25 pemain dinamakan ke kem latihan itu dengan pemain tengah Terengganu, Joseph Kallang Tie dan dua pemain Kedah, Khyril Muhymeen Zambri serta Azmi Muslim merupakan antara tonggak lain yang berpengalaman antarabangsa.
Juga disenaraikan semula ialah ‘Harimau Berantai’ Malaya, Safee Sali yang menjaringkan tiga gol ke atas Singapura lalu selain penjaga gol, Farizal Marlias yang mempamerkan persembahan cemerlang ketika berdepan Chelsea, dengan kesemuanya dikehendaki melapor diri ke Wisma FAM, Kelana Jaya mulai 4 petang esok.
Biarpun sudah terkeluar daripada perebutan tiket ke Brazil 2014, dua perlawanan antarabangsa ini masih mampu mempengaruhi ranking ke-146 dunia Malaysia yang hanya dikemaskinikan sehari sebelum disekat Singapura 6-4 secara agregat dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia.
Boleh ke Orang Ramai Boikot Astro?
Astro dah pun ‘menunaikan’ janji mereka untuk menaikkan harga pakej langganan. Ramai yang dah dapat bil baru dengan harga baru yang menyakitkan hati. Rakyat Malaysia majoriti meluahkan rasa tak puas hati yang amat sangat dengan kenaikan harga pakej Astro. Memang tak patut langsung mereka suka-suka naikkan harga dengan alasan yang tak boleh diterima. Ramai NGO yang melancarkan kempen Boikot Astro dengan tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut.Kalau lebih kurang 80% pelanggan Astro tak bayar bil 3 bulan, mungkin dapat menjejaskan stesen TV tersebut. Tapi masalahnya sekarang, kebanyakan rakyat Malaysia hanya cakap je lebih tapi buatnye tak pun. Mungkin yang betul-betul buat hanya 5-10% je.
Astro dah macam keperluan wajib
Pihak Astro sangat bijak mengambil kesempatan di kala rakyat Malaysia tengah kemaruk dengan siaran mereka. Macam-macam program menarik disiarkan supaya orang ramai sentiasa menonton sekaligus membayar bil setiap bulan. Kalau budak-budak memang melekat depan TV menonton rancangan Cartoon Networks, remaja pula syok melayan MTV, HBO dll. Kalau orang dewasa pula tak pernah miss untuk tengok drama-drama tempatan dan Indon yang tak pernah putus-putus disiarkan. Kalau time hujan dah menggelupur tak boleh tengok TV walaupun seminit dua, nak pulak time penyingkiran pelajar Akademi Fantasia.Astro diibaratkan seperti rokok, setinggi mana pun harga orang ramai tetap beli sebab dah ketagih dengan banyak hiburan-hiburan dan sedikit ilmu-ilmu kat Astro. Walaupun orang boikot, mustahil Astro akan berpatah balik ke harga asal. Mereka membuat keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, kalau harga baru ni mesti lagi kaya raya tauke Astro.

Dato Haji Badri - orang kuat Astro
Serangan Siber ada Kaitan dengan Politik?

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara. Ada kaitan ke? macam tak ada sangkut paut je dengan politik. Adakah brader Rais dah tak ada modal atau nak mengelak dari apa yang dah kerajaan buat. Benda ni semua tersimpang jauh dengan mana-mana parti politik.
Rasanya kementerian tak payahsusah-susah menuding jari siapa atau pihak mana yang bersalah. Just siasat dan bongkarkan pencoroboh tersebut yang dikatakan 90% rakyat Malaysia. Sebagaimana semua rakyat tahu, serangan ke atas laman web kerajaan adalah tanda protes kepada keajaan yang menyekat beberapa laman perkongsian fail.
Sepatutnya kerajaan yang membelanjakan billion ringgit wang rakyat untuk menyediakan fasiliti keselamatan siber harus menjawab kepada rakyat kenapa hackers mudah je serang web kerajaan. Memang semua penggodam atau pencoroboh semua tu salah dan patut dihukum sewajarnya. Kata Rais lagi - serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan. Berapa ramai sangat rakyat yang menggunakan laman kerajaan untuk berurusan, saya sendiri pun tak pernah melawat laman-laman rasmi kerajaan yang membosankan.
Nampaknya BN atau UMNO mengambil kesempatan ni untuk memburukkn imej Bersih yang bersungguh-sunguh berjuang bagi memastikan sistem pilihanraya yang adil tanpa sebarang campurtangan dari mana-mana pihak. Nampaknya rakyat semakin naik angin dengan karenah menteri-menteri kerajaan terutamanya dengan Rais Yatim yang mengeluarkan statement yang ntah apa-apa.
Tapi apa-apa hal pun, walaupun pihak SKMM dah sekat beberapa laman perkongsian fail ini tak bermakna rakyat tak dapat lagi berkongsi secara percuma. Rakyat menadi semakin kreatif dan “berdaya saing” untuk membolehkan mereka mendapatkan balik apa yang mereka ada sebelum ni…
Mahu Bela Islam Atau Melayu
Home » Isu Semasa » Mahu Bela Islam dan Melayu?
Mahu Bela Islam dan Melayu?

Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi. MCA menyokong mereka dari belakang (Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker bersama mereka), manakala MCA adalah parti komponen BN. Bunyi macam dah tak betul, kerajaan disaman kerana mengharamkan judi dan loteri.
Memang betul, kaum Cina ada hak untuk berjudi tapi bukan secara terbuka sebab Malaysia adalah sebuah negara Islam. Mereka sepatutnya disediakan satu tempat khas dalam Malaysia untuk berjudi dimana orang Islam dilarang sama sekali masuk ke kawasan tersebut. Sebenarnya mereka tak ada hak untuk menyaman kerajaan Kelantan sebab kerajaan negeri mahu menjaga sensitiviti dan tak mahu orang Islam terpengaruh.
Kalau betul la BN dan UMNO mahu menjaga kedaulatan Melayu, mereka harus bertindak ke atas 3 individu tadi dan juga MCA. Berikan mereka tempat khas untuk berjudi, bukannya membuka premis judi bersebelahan dengan kedai-kedai yang ramai pengunjung Islam. Kerajaan pusat harus bertindak dengan bijak dan telus. Mana ketegasan Umno dan NGO-NGO mereka yang selama ni nyaring mendakwa mereka mempertahankan kesucian Islam…
Wallahu a’lam…
Subscribe to:
Posts (Atom)





