Subscribe:

Followers

About

Tuesday, August 2, 2011

Mahu Bela Islam Atau Melayu

Mahu Bela Islam dan Melayu?

BN atau UMNO sebelum ni pernah mendakwa bahawa mereka bersungguh-sungguh mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan melayu. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. UMNO berjuang untuk membantu kaum-kaum Melayu dan orang Islam diseluruh Malaysia. Tapi apa tindakan atau reaksi mereka bila ada tiga individu ingin menyaman kerajaan negeri Kelantan sebab mengharamkan judi di Kelantan.
Orang melayu main judi
Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi. MCA menyokong mereka dari belakang (Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker bersama mereka), manakala MCA adalah parti komponen BN. Bunyi macam dah tak betul, kerajaan disaman kerana mengharamkan judi dan loteri.
Memang betul, kaum Cina ada hak untuk berjudi tapi bukan secara terbuka sebab Malaysia adalah sebuah negara Islam. Mereka sepatutnya disediakan satu tempat khas dalam Malaysia untuk berjudi dimana orang Islam dilarang sama sekali masuk ke kawasan tersebut.  Sebenarnya mereka tak ada hak untuk menyaman kerajaan Kelantan sebab kerajaan negeri mahu menjaga sensitiviti dan tak mahu orang Islam terpengaruh.
Kalau betul la BN dan UMNO mahu menjaga kedaulatan Melayu, mereka harus bertindak ke atas 3 individu tadi dan juga MCA. Berikan mereka tempat khas untuk berjudi, bukannya membuka premis judi bersebelahan dengan kedai-kedai yang ramai pengunjung Islam. Kerajaan pusat harus bertindak dengan bijak dan telus. Mana ketegasan Umno dan NGO-NGO mereka yang selama ni nyaring mendakwa mereka mempertahankan kesucian Islam…
Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment