SHAH ALAM 2 Ogos - Prosiding bicara dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa rakaman percakapan saksi pendakwaan U. Suresh dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, tidak boleh digunapakai di mahkamah.
Peguam bela, Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama bekas peguam, N. Pathmanabhan, berhujah bahawa komputer riba dan peranti storan media digunakan oleh Pegawai Perakam dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, ASP Ong Seng Keong.
Beliau berkata, tiada sesiapa yang mengetahui isi kandungan yang ditaip dalam komputer riba itu.
"Ong (Seng Keong) dikatakan meninggalkan bilik siasatan itu dan sekembalinya dia dari luar dengan membawa rakaman percakapan setebal 24 muka surat.
"Tiada keterangan yang dapat membuktikan cara dokumen (rakaman percakapan) itu dicetak,” katanya.
Prosiding bicara dalam perbicaraan perbicaraan itu dijalankan bagi menentukan kebolehterimaan isi kandungan rakaman percakapan Suresh mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah setelah dicabar pihak pendakwaan mendakwa Suresh memberikan 22 keterangan bercanggah di mahkamah.



0 comments:
Post a Comment