
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara. Ada kaitan ke? macam tak ada sangkut paut je dengan politik. Adakah brader Rais dah tak ada modal atau nak mengelak dari apa yang dah kerajaan buat. Benda ni semua tersimpang jauh dengan mana-mana parti politik.
Rasanya kementerian tak payahsusah-susah menuding jari siapa atau pihak mana yang bersalah. Just siasat dan bongkarkan pencoroboh tersebut yang dikatakan 90% rakyat Malaysia. Sebagaimana semua rakyat tahu, serangan ke atas laman web kerajaan adalah tanda protes kepada keajaan yang menyekat beberapa laman perkongsian fail.
Sepatutnya kerajaan yang membelanjakan billion ringgit wang rakyat untuk menyediakan fasiliti keselamatan siber harus menjawab kepada rakyat kenapa hackers mudah je serang web kerajaan. Memang semua penggodam atau pencoroboh semua tu salah dan patut dihukum sewajarnya. Kata Rais lagi - serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan. Berapa ramai sangat rakyat yang menggunakan laman kerajaan untuk berurusan, saya sendiri pun tak pernah melawat laman-laman rasmi kerajaan yang membosankan.
Nampaknya BN atau UMNO mengambil kesempatan ni untuk memburukkn imej Bersih yang bersungguh-sunguh berjuang bagi memastikan sistem pilihanraya yang adil tanpa sebarang campurtangan dari mana-mana pihak. Nampaknya rakyat semakin naik angin dengan karenah menteri-menteri kerajaan terutamanya dengan Rais Yatim yang mengeluarkan statement yang ntah apa-apa.
Tapi apa-apa hal pun, walaupun pihak SKMM dah sekat beberapa laman perkongsian fail ini tak bermakna rakyat tak dapat lagi berkongsi secara percuma. Rakyat menadi semakin kreatif dan “berdaya saing” untuk membolehkan mereka mendapatkan balik apa yang mereka ada sebelum ni…



0 comments:
Post a Comment