Subscribe:

Followers

About

Friday, July 29, 2011

Selesaikan masalah rakyat



NAJIB Tun Razak memotong pulut kuning sempena ulang tahun kelahirannya sambil diberi tepukan oleh Muhyiddin Yassin dan barisan kepimpinan kanan UMNO sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Menara Dato' Onn, PWTC, semalam. – Utusan/ Abdul Razak Latif



KUALA LUMPUR 29 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa sayap-sayap politik dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) mengambil inisiatif mengadakan program yang boleh menyelesaikan masalah rakyat secara langsung.
Kata Perdana Menteri, menerusi pendekatan yang merupakan salah satu aspek penting di bawah model baru politik itu, rakyat dapat didekatkan dengan sayap-sayap parti dan parti-parti komponen BN.
“Rakyat juga tidak akan bergantung kepada pihak lain, sebaliknya meletakkan sepenuh harapan kepada BN bahawa parti inilah yang mampu memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kempen Program Pameran Pemilikan Rumah (Hope) 2011 anjuran Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
Najib menambah, BN dalam mendahulukan keperluan rakyat juga sentiasa utuh dan tidak pernah goyah meskipun sering dipertikai dan diperlekehkan oleh pembangkang.
Katanya, pembangkang boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan namun BN tidak akan sesekali lari daripada tanggungjawab untuk terus membela nasib rakyat.
“Apa yang penting adalah BN amat serius dan komited (membela nasib rakyat). Daripada keperluan rumah sehinggalah kepada harga bekalan ayam serta keperluan lain, kita akan tetap memperjuangkan kepentingan rakyat,” katanya.
Kerana itu tegas Najib lagi, BN akan kekal menjadi pilihan utama rakyat sekiranya tidak tergelincir daripada landasan membela nasib rakyat itu.

0 comments:

Post a Comment