Subscribe:

Followers

About

Wednesday, July 27, 2011

Khairul Fahmi Sahut Cabaran


NAMA Khairul Fahmi Che Mat kembali menjadi sebutan menjelang pertembungan skuad kebangsaan dengan musuh tradisi Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Selepas kubu Harimau Malaya dirobek lima kali pemain natrulisasi Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di arena lawan Sabtu lalu, ketangkasan Khairul Fahmi, idola ketika Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF mungkin kembali ditagih ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal dalam memperkemaskan benteng belakang.

Pemain berusia 22 tahun itu yang turut senang disapa gelaran Apek menyatakan kesediaan memikul tugas berat itu meskipun kedudukannya dalam kesebelasan utama belum terjamin.


Ini kerana posisi penjaga gol nombor satu kini dicabar Sharbinee Allawee Ramli dan Mohd Nasril Nourdin.

“Terpulang kepada jurulatih untuk menentukan pemain dalam kesebelasan utama, setakat ini saya tidak tahu sama ada akan bermain atau jurulatih memilih Sharbinee atau Nasril.


“Tapi jika jurulatih beri peluang kepada saya dalam perlawanan Khamis ini, saya sudah bersedia,” katanya.



Apek sebelum ini mengalami kecederaan bahu kanan ketika membantu skuad Olimpik negara mara ke pusingan ketiga mengatasi Lubnan. Dia tidak beraksi ketika Malaysia menyingkirkan Taiwan menerusi agregat 4-4 pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia dengan Sharbinee muncul wira menyelamatkan satu sepakan penalti pihak lawan.

Kecemerlangan Sharbinee mendorong Rajagobal menurunkan penjaga gol Terengganu itu dalam aksi menentang Singapura di Stadium Jalan Besar.



“Kecederaan bahu saya sudah pulih 100 peratus dan saya yakin untuk beraksi dengan skuad kebangsaan semula. Selepas berlatih selama dua-tiga hari ini, kami sudah memperbaiki kesilapan yang kami kesan dengan melihat tayangan video perlawanan sebelum ini.

“Kami sudah mengkaji permainan daripada tayangan video itu dan semua pemain tahu apa perlu dilakukan dalam perlawanan nanti,” kata Khairul Fahmi.

0 comments:

Post a Comment