Subscribe:

Followers

About

Friday, July 29, 2011

Kekalahan menjadi pengajaran



Safee Sali


KUALA LUMPUR - Penyerang skuad Harimau Malaya, Safee Sali ternyata kecewa dengan penyingkiran Malaysia pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 dan menganggap kegagalan tersebut sebagai pengajaran buat semua pemain.
Sukar untuk ditafsirkan erti 'pengajaran' tersebut tetapi mungkin apa yang dikatakan Safee terarah kepada kelemahan pasukan Malaysia yang banyak perlu diperbaiki, walaupun sebelum ini dijulang dengan kejayaan pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF.
Menurut penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya itu, mereka sudah memberikan yang terbaik pada perlawanan kelmarin dengan melancarkan serangan ke atas kubu Singapura tetapi hanya berjaya memperoleh satu gol.
"Kita gagal untuk menjaringkan gol selepas itu malah melepaskan gol kepada pihak lawan, barisan pertahanan sedikit leka. Untuk itu saya meminta maaf kepada penyokong kerana gagal membantu Malaysia mara ke pusingan seterusnya ," katanya selepas perlawanan kelmarin.
Jelasnya, Singapura adalah sebuah pasukan yang bagus dan dia bersama rakan-rakan yang lain sudah mencuba sedaya upaya untuk menjinakkan skuad bimbingan Radojko Avramovic namun gagal.
"Kami mencuba sebaik mungkin untuk kembali merapatkan defisit gol bagaimanapun mereka dapat bertahan dengan baik dan saya begitu kecewa kami gagal walaupun saya dapat menjaringkan tiga gol dalam kedua-dua perlawanan.
"Apa pun ini adalah pasukan muda, perjalanan mereka masih jauh lagi, saya harap mereka dapat bangkit semula pada perlawanan atau kejohanan seterusnya selepas ini," kata Safee.
Safee bertindak sebagai ketua pasukan kelmarin, menggantikan Safiq Rahim yang digantung perlawanan akibat menerima kad merah pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura yang menyaksikan Malaysia tewas 3-5.
Kelmarin, di Stadium Nasional Bukit Jalil skuad Harimau Malaya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 , menjadikan agregat 4-6 seterusnya gagal untuk ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia walaupun mendapat sokongan 90,000 penyokong.
Bagaimanapun Safee mengakui tahap keyakinannya semakin meninggi selepas menimba ilmu dalam Liga Super Indonesia bersama pasukan Pelita Jaya dan segala pengalaman tersebut digunakan sebaiknya ketika beraksi dengan skuad kebangsaan.
"Saya akan berlatih bersungguh-sungguh untuk terus meningkatkan permainan saya. Saya tidak boleh berpuas hati setakat ini sahaja, banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari," kata pemain berusia 27 tahun itu.
Safee memberikan sedikit harapan kepada penyokong Malaysia apabila menjaringkan gol pada minit ke-57 kelmarin.
Namun 13 minit kemudian Shi Jiayi berjaya menyamakan kedudukan seterusnya menutup peluang Malaysia

Lima beradik dapat sijil lahir



ABU Seman Yusop (tengah) dan Amir Hamzah Aziz (kanan) bermesra dengan lima beradik dan ibu bapa mereka selepas menyerahkan sijil lahir di Kampung Air Hitam Darat, Masjid Tanah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 29 Julai - Penantian sepasang suami isteri bagi memperoleh sijil kelahiran untuk lima anak mereka sejak hampir 10 tahun lalu berakhir hari ini.
Jamilah Zulkifli, 37, dan suaminya, Adnan Darus, 49, yang tinggal di Kampung Air Hitam Darat, Masjid Tanah di sini berkata, pendaftaran kelahiran kelima-lima anak mereka tidak dapat dilakukan sebelum ini berikutan sijil nikah mereka hilang.
Menurutnya, permohonan untuk mendapatkan penggantian juga masih belum berhasil.
Bagaimanapun, katanya, dia dan suami bersyukur kerana dua daripada lima anaknya tidak menghadapi masalah untuk bersekolah kerana mendapat surat sokongan daripada Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri.
"Dua anak saya tidak menghadapi masalah untuk bersekolah kerana Pembela BN telah mengeluarkan surat yang menyatakan sijil kelahiran untuk anak saya sedang diproses," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima sijil kelahiran bagi kesemua anaknya berusia setahun hingga sembilan tahun itu di rumahnya di Kampung Air Hitam Darat, Masjid Tanah di sini, hari ini.
Sijil berkenaan disampaikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop. Turut hadir Ketua Penyelia Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz.
Menurut Jamilah, dia kini tidak lagi bimbang terhadap masa depan anak-anaknya terutama apabila mereka semakin meningkat dewasa.
"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Pembela BN, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Datuk (Abu Seman) kerana datang ke rumah saya bagi menyampaikan sijil kelahiran anak-anak saya ini," katanya.
Sementara itu, Abu Seman berkata, setiap ibu bapa perlu peka dan mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kepada agensi berkaitan seperti Pembela BN sekiranya gagal untuk mendapatkan sijil kelahiran bagi anak mereka atas sebab-sebab tertentu.
"Kes ini berjaya diselesaikan cepat kerana lima beradik ini berusia bawah 12 tahun dan bagi kes orang dewasa, ia memerlukan prosedur tertentu yang memakan masa lebih lama," katanya.

Selesaikan masalah rakyat



NAJIB Tun Razak memotong pulut kuning sempena ulang tahun kelahirannya sambil diberi tepukan oleh Muhyiddin Yassin dan barisan kepimpinan kanan UMNO sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Menara Dato' Onn, PWTC, semalam. – Utusan/ Abdul Razak Latif



KUALA LUMPUR 29 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa sayap-sayap politik dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) mengambil inisiatif mengadakan program yang boleh menyelesaikan masalah rakyat secara langsung.
Kata Perdana Menteri, menerusi pendekatan yang merupakan salah satu aspek penting di bawah model baru politik itu, rakyat dapat didekatkan dengan sayap-sayap parti dan parti-parti komponen BN.
“Rakyat juga tidak akan bergantung kepada pihak lain, sebaliknya meletakkan sepenuh harapan kepada BN bahawa parti inilah yang mampu memenuhi harapan dan menyelesaikan masalah mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kempen Program Pameran Pemilikan Rumah (Hope) 2011 anjuran Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
Najib menambah, BN dalam mendahulukan keperluan rakyat juga sentiasa utuh dan tidak pernah goyah meskipun sering dipertikai dan diperlekehkan oleh pembangkang.
Katanya, pembangkang boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan namun BN tidak akan sesekali lari daripada tanggungjawab untuk terus membela nasib rakyat.
“Apa yang penting adalah BN amat serius dan komited (membela nasib rakyat). Daripada keperluan rumah sehinggalah kepada harga bekalan ayam serta keperluan lain, kita akan tetap memperjuangkan kepentingan rakyat,” katanya.
Kerana itu tegas Najib lagi, BN akan kekal menjadi pilihan utama rakyat sekiranya tidak tergelincir daripada landasan membela nasib rakyat itu.

Anak tunggal maut digilis kereta bapa sendiri

Anak tunggal maut digilis kereta bapa sendiri


Nuramni ATIRAH CHE PAUZI


KOTA BHARU 29 Julai - Bulan Ramadan bakal menjelma minggu depan dan kesempatan itu digunakan sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka untuk membeli persiapan menyambut bulan puasa dan baju raya.
Namun, apa yang dirancang, lain pula jadinya. Ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu Che Pauzi Mamat, 44, mengundur untuk keluar dari rumahnya di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok di sini, dia secara tidak sengaja terlanggar dan tergilis anak perempuannya itu yang baru berusia setahun 10 bulan sehingga mati.
Nuramni Atirah, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat sejurus digilis kereta yang diundur bapanya itu kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Che Pauzi ketika ditemui berkata, dia sama sekali tidak menyangka telah melanggar anaknya kerana ketika turun dari rumah, Nuramni Atirah berada bersama ibunya, Noraini Othman, 38.
"Sebelum itu, saya panaskan enjin kereta selama 15 minit dan saya ingat anak saya bersama isteri. Saya kemudian mengundurkan kereta. Tiba-tiba saya dengar orang yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu anak saya ada di bawah.
"Saya keluar dari kenderaan, sudah tidak boleh buat apa-apa bila melihat Nuramni Atirah dalam keadaan terduduk di tayar depan sebelah kiri.
"Saya terus bawa dia pergi ke klinik, ketika itu dia masih bernafas tetapi sampai di klinik dia sudah tiada," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hospital tersebut hari ini.
Che Pauzi, pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini berkata, kehilangan Nuramni Atirah amat dirasainya kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas dua kali berkahwin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Thursday, July 28, 2011

Tanah runtuh di Korea, 32 maut


Pasukan menyelamat mengangkat satu mayat penduduk yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat di Seoul, semalam. - REUTERS


SEOUL 27 Julai - Seramai 32 maut, sementara 10 lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat di sebuah pusat peranginan di bandar Chuncheon, utara Korea Selatan, awal pagi ini.
Pegawai bomba, Byun In-soo berkata, 10 yang terbunuh merupakan pelajar kolej yang sedang mengikuti kerja-kerja sukarela.
Katanya, kesemua mangsa tertimbus ketika sedang tidur dalam sebuah kabin di Chuncheon, kira-kira 110 kilometer di timur laut Seoul.
Seramai 24 mangsa turut cedera dalam kejadian tanah runtuh itu yang menyaksikan beberapa buah bangunan serta premis musnah.
Kira-kira 500 pekerja penyelamat kini giat menjalankan operasi mencari 10 mangsa yang hilang, katanya.
Seorang lagi pegawai bomba, Lee Ju-hee berkata, antara yang maut ialah sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya.
Pegawai kaji cuaca berkata, kira-kira 400 milimeter bacaan hujan direkod di Seoul dalam tempoh 17 jam sejak tengah hari semalam yang mengakibatkan beberapa bahagian bandar utama termasuk Seoul ditenggelami air.
Jalan-jalan raya di Seoul hari ini turut dilanda banjir lumpur sehingga memaksa orang ramai naik ke bumbung kereta masing-masing yang hampir ditenggelami air.
Banjir turut menenggelamkan stesen-stesen kereta api bawah tanah dan menyebabkan sisa kumbahan melimpah dari tangki pembetung.
Menurut pegawai bencana bandar, kira-kira 800 rumah ditenggelami air di Seoul, namun masih belum ada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan.
Agensi Polis Metropolitan Seoul mengeluarkan satu amaran lalu lintas serta mengerahkan lebih ramai anggota polis bagi mengawal keadaan akibat hujan lebat. - Agensi

Sambutan Hari Kemerdekaan

KUALA LUMPUR 27 Julai - Sejak dari awal, sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 September depan sudah mula menampakkan kelainan.
Ia dapat dilihat melalui acara-acara yang diatur pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan di KL Sentral di sini hari ini.
Bermula di Putrajaya Sentral, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Jemaah Menteri menaiki Express Rail Link (ERL) ke KL Sentral dengan 'diiringi' kira-kira 1,000 hadirin yang menunggu sejak pukul 11 pagi.
Sebelum menaiki tren, Perdana Menteri terlebih dahulu menandatangani plak majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di stesen itu.
Sebaik tiba di KL Sentral kira-kira 45 minit kemudian, beliau disambut dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum serta laungan '1Malaysia' oleh lebih 5,000 hadirin termasuk pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terlebih dahulu menyampaikan ucapan alu-aluan sambil mengajak rakyat mengibar bendera dengan penuh bangga tanpa mengira perbezaan yang ada termasuk fahaman politik.
Semangat patriotik hadirin kemudiannya terus 'dibakar' melalui persembahan lagu-lagu seperti Malaysia Berjaya, Jalur Gemilang serta Malaysia1 oleh beberapa artis terkenal antaranya Roy, Fiq dan One Nation Emcees.
Mengambil alih pentas, Perdana Menteri dalam ucapannya mengajak rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dengan menyifatkan empat warna yang terdapat pada bendera kebanggaan negara itu merupakan ramuan untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi.
"Jalur-jalur yang terbentang pada bendera itu seolah-olah kiasan kepada pelan transformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan untuk kita bergerak ke hadapan.
"Empat warna (merah, biru, kuning dan putih) menandakan empat prinsip yang merupakan tonggak kepada negara," katanya.
Selepas itu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil agensi-agensi kerajaan, NGO serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Berjuang Habis-Habisan



Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempat meluangkan masa bersama pemain skuad kebangsaan yang menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.



PETALING JAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.
Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.
Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.
Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.
Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.
Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.
''Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.
''Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.
''Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.
Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.
Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.
''Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.
''Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan," ujarnya.
Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.
''Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).
''Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan," katanya.

Najib ajak rakyat buka minda elak penjajahan


NAJIB bersama Muhyiddin, Rais dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Stesen Sentral Kuala Lumpur, semalam.
Serangan ke atas jati diri gugat keamanan negara: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak terperangkap dalam ancaman penjajahan baru yang menyasarkan serangan ke atas minda, semangat dan jati diri penduduk.

Beliau berkata, rakyat tidak boleh terus leka dan menganggap bahawa kemerdekaan yang sudah dicapai sejak 54 tahun lalu bermakna negara ini sudah bebas daripada sebarang bentuk ancaman penjajah.
“Ancaman baru bukan lagi dalam bentuk ketenteraan, tetapi lebih kepada bentuk penjajahan minda, semangat dan jati diri.
“Sambutan kemerdekaan pasti akan menjadi sangat bermakna jika kita dapat membentuk minda yang ampuh, hati yang sentiasa terbakar dengan semangat patriotik dan apabila hala tuju negara sentiasa menjadi dokongan utama setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Stesen Sentral Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Kemerdekaan ke-54.

Majlis yang dihadiri lebih 5,000 orang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kebanyakan menteri Kabinet dan penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil jabatan dan agensi kerajaan serta pelbagai persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Najib berkata, rakyat Malaysia amat terhutang budi kepada pejuang dulu yang sudah mengasaskan negara, sama ada menerusi perjuangan dengan mengangkat senjata atau menggunakan kepintaran akal dan hujung lidah sehingga Malaysia berjaya memperoleh kemerdekaan.

“Oleh itu, erti kemerdekaan bukan lagi semata-mata dengan mengibar Jalur Gemilang, tetapi berusaha habis-habisan bagi membawa negara kita ke tahap kejayaan yang jauh lebih hebat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, empat warna pada Jalur Gemilang perlu difahami kerana ia melambangkan hala tuju negara berteraskan prinsip yang melonjakkan Malaysia ke tahap yang lebih gemilang.

Sementara itu, Rais berkata, sambutan rasmi Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini akan dianjakkan pada 16 September depan bagi membolehkan umat Islam negara ini menyambut Aidilfitri yang dijangka pada 30 Ogos ini.

Inilah Perlawanan Terbesar Dalam Karier Saya - Safee Sali

Aksi Safee Sali ( kiri ) dalam perlawanan pertemuan pertama dengan Singapura sabtu lalu.

WATAK paling digeruni dalam pasukan kebangsaan, Safee Sali kini bersedia menampilkan persembahan terbaiknya pada perlawanan terpenting dalam kariernya sebagai pemain bola 
sepak, malam ini. 
Dua gol pada setiap permainan diledak penyerang 27 tahun itu pada dua penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan bulan ini - perlawanan persahabatan menentang Liverpool dan perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura Sabtu lalu.
“Ini adalah perlawanan terbesar dalam karier saya,” kata Safee.

“Kemasukan semula Aidil (Zafuan Abdul Radzak) di benteng pertahanan menambah keyakinan kami untuk memastikan gawang negara tidak diasak seperti pada perlawanan pertama dulu.” 

Aidil dan Safee antara calon yang bakal menggantikan tugas Safiq Rahim sebagai kapten pada perlawanan malam ini.

Di Stadium Jalan Besar Singapura, Malaysia tewas 5-3 kepada tuan rumah Sabtu lalu walaupun Safee membuka jaringan seawal 24 saat, selepas kelekaan barisan tengah dan pertahanan menyebabkan skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu ketinggalan 4-1 sebelum rehat. 

“Kami dapat pengajaran daripada kesilapan itu dan beberapa perlawanan sebelum ini,” kata Safee. 
“Kami bertekad tidak akan mengulangi kesilapan dan sebagai pemain paling senior dalam pasukan, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan fokus kami tidak hilang sepanjang permainan.”

Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan

Karya seni yang hebat dibawah ini dihasilkan oleh seorang artis dari Belgium, Ben Heine. Menggabungkan lukisan tangannya dengan foto-foto biasa, Ben Heine menghasilkan karya seni mengagumkan diantara fotografi dan ilustrasi.
kamera+vs+pencil billyinfo2 Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan
 kamera+vs+pencil billyinfo4 Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan

kamera+vs+pencil billyinfo5 Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan
 kamera+vs+pencil billyinfo6 Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan
 kamera+vs+pencil billyinfo7 Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan
 kamera+vs+pencil billyinfo8 Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan
 kamera+vs+pencil billyinfo9 Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan
 kamera+vs+pencil billyinfo10 Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan
kamera+vs+pencil billyinfo1 Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan
 kamera+vs+pencil billyinfo3 Ilustrasi Kamera vs. Lukisan Pensil Yang Menakjubkan

Wednesday, July 27, 2011

Singapura Hebat Kerana Pemain Import

PEMAIN Singapura, Qiu Li (kiri) menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan di Pusat Latihan Maybank, Bangi kelmarin

APA kelebihan Singapura? 

Ingat boleh menang ke pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Jangan haraplah! Tidak semudah itu nak menjinakkan Harimau Malaya.
Kira nasiblah boleh menang 5-3 pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu lalu.

Selain itu, skuad kebangsaannya pula bukan dibarisi anak-anak jati Singapura, sebahagian besarnya diimport. Yang mereka import pun tidak memiliki kualiti luar biasa.

Jika diimbas rekod lalu, banyak yang boleh dijadikan cerita tentang nasib pasukan Singapura apabila bertandang ke bumi Malaysia.

Andai ada yang berpendapat Singapura hebat, itu silap, mereka hanya hebat 'mengimport' pemain.

Sebenarnya, Harimau Malaya bukan tandingan Singapura.

Harimau Malaya adalah skuad kebangsaan Malaysia, skuad yang sedang mencipta nama di pentas antarabangsa.

Jadi, usah mimpi nak 'pukul' Harimau Malaya dan sejarah lalu pula menyaksikan Selangor pun Singapura tak mampu nak tewaskan. Itu baru pasukan negeri.

Malam ini, kalau Singapura berhasrat nak melangkah jauh pada kelayakan Piala Dunia 2014, elok lupakan, kecualilah mereka 'mengimport' lagi pemain dalam skuad untuk menentang Harimau Malaya.

Tidak perlulah untuk menceritakan tentang kehebatan Harimau Malaya.

Kemapuhan mereka memang sudah terbukti.

Andai Singapura masih ingat lagi bagaimana perjalanan skuad Harimau Malaya untuk muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF tahun lalu, maka mereka akan tahu tentang betapa sukarnya menumbangkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal ini.

Sedarkah Singapura bahawa Harimau Malaya tidak memiliki kesebelasan terbaik pada aksi pertama, Sabtu lalu.

Beberapa tonggak utama tidak disenaraikan ekoran kecederaan.

Jentera pertahanan pula digalas oleh pemain muda tetapi berwibawa.

Tanpa watak utama dalam skuad Harimau Malaya pun menyaksikan betapa sukarnya Singapura untuk menyekat mereka.

Malam ini, Singapura perlu bersedia untuk berdepan kemusnahan.

Harimau Malaya tidak rela dipijak di bumi sendiri.

1Malaysia akan berdiri teguh di belakang wira-wira negara ini.

1Malaysia pasti akan membanjiri stadium untuk menambahkan lagi 'ngauman' Harimau Malaya yang bakal meratah sang Singa. Singa akan dibelasah habis-habisan kerana Harimau Malaya sedang kelaparan mencari mangsa.

Bukan semangat mereka sahaja yang semakin memuncak tetapi watak utama di jentera serangan, Mohd. Safee Sali juga cukup berbisa.

Safee semakin konsisten menggegar gawang lawan.

Andai benteng Liverpool pun Safee boleh lolos daripada kawalan, inikan pula budak mentah dalam skuad Singapura.

Sudah terbukti pada aksi pertama Sabtu lepas bagaimana Safee menonjolkan keajaibannya apabila jaringan hampir-hampir memusnahkan Singa di kandang sendiri.

Walau apa pun, skuad asuhan Rajagobal ini perlu mengelak daripada berasa terlalu ghairah.

Bila keghairahan mengatasi segalanya, ia boleh memakan diri.

Maka, semua pemain perlu ingat - tampil dengan rentak yang lebih terancang, tenang dan pergunakan sepenuhnya peluang yang ada.

Dua gol menjadi buruan, namun penyokong tempatan meramalkan Harimau Malaya bakal meraih kemenangan 3-0.

"Saya yakin Harimau Malaya akan menang 3-0. Mereka ada kualiti dan mereka layak menang perlawanan malam esok (malam ini) berdasarkan gaya permainan mereka di Singapura, minggu lalu," kata salah seorang penyokong Afdal Arrifin ketika ditemui di Bukit Jalil semalam.

Dalam ramai-ramai yang ditemui itu, sebahagian besar yakin Malaysia akan menang 3-0.

Malam ini, adalah penentuan.

Penentuan inilah yang terus menaikkan semangat barisan pemain Harimau Malaya dan juga penyokong setia mereka.

Penyokong sudah berikrar untuk menyerbu Stadium Bukit Jalil, dan buktinya - 90,000 tiket sudah habis dijual.

Bersedialah Singapura untuk berdepan kemusnahan di Bukit Jalil malam ini.

Bagi sesetengah orang, hipnosis memudahkan kesakitan, pemulihan dari pembedahan


LONDON: Sebagai pakar bedah yang dipotong ke dalam lehernya, Marquis Marianne berfikir pantai.
Sambil mendengar suara doktor, dia membayangkan jari kaki di pasir, air memukul.
Marquis telah dipukau sebelum pembedahan tiroid itu dikeluarkan. Dia yang semakin meningkat di kalangan sebilangan pesakit pembedahan di hospital Belgium, Cliniques Universitaires St Luc di Brussels, yang memilih hipnosis dan anestetik tempatan untuk mengelakkan kesan kalah mati Fatma anestesia am.
Pesakit ini adalah ubat pelali tetapi sedia maklum, dan doktor mengatakan masa pemulihan yang lebih cepat dan keperluan mereka bagi ubat penahan sakit yang dikurangkan.
Kaedah ini adalah layak untuk hanya beberapa jenis operasi. Dalam kesnya, Marquis, 53, membayangkan dirinya dalam bidang berhampiran pantai - yang pakar bius mula menerangkan dengan berbisik ke telinga beliau kira-kira 10 minit sebelum pembedahan.
Beliau masih ingat mendengar doktor bercakap dengannya, tetapi berkata ia seolah-olah mereka jauh.
"Saya membayangkan squishing jari kaki saya di dalam pasir dan air perasaan yang datang ke atas mereka," Marquis berkata. Dia merasa sedikit tekanan pada lehernya dengan insisi pertama tetapi berkata ia tidak memang pedih.
Sejak doktor mula menawarkan hipnosis di hospital pada tahun 2003, beratus-ratus pesakit memilih. Di hospital lain Belgium, lebih 8000 pembedahan telah melakukan cara ini sejak tahun 1992.
Doktor berkata hampir mana-mana pembedahan yang biasanya dilakukan dengan anestetik tempatan boleh bekerja dengan hipnosis dan ubat sakit kurang.
Penyokong berkata hipnosis boleh pesakit rasa membosankan kesakitan dan ia juga mengurangkan keperluan untuk anestetik.
Ini bermakna pesakit pulih lebih cepat dan hospital menjimatkan wang, mengikut beberapa kajian. Tetapi ia mungkin memerlukan doktor untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan pesakit terlebih dahulu untuk melakukan hipnosis dan mereka mungkin perlu pemantauan yang lebih berhati-hati semasa pembedahan.
Teknik ini telah menjadi semakin popular di Perancis dan Belgium pada tahun-tahun kebelakangan ini. Beberapa pakar bedah plastik dan muka di Jerman juga menggunakan hipnosis, serta beberapa pakar bedah pergigian British.
Persatuan Perancis-Anesthesiologists menerangkan hipnosis sebagai cara yang sah untuk menambah anestesia untuk mengurangkan tekanan, kebimbangan dan kesakitan tetapi tidak anestesiologi kumpulan Belgium mahupun British menawarkan nasihat hipnosis khusus.
Kerana permintaan, Persatuan Perancis-Anesthesiologists mencipta hipnosis cawangan khas di dalam organisasi mereka tahun lepas.
Tiada angka berapa meluas hipnosis digunakan di seluruh Eropah.
Dalam beberapa hospital hampir sedozen Perancis di Rennes, sebuah bandar di barat laut kira-kira 200,000 orang, ia digunakan dalam kira-kira separuh daripada semua operasi, kata Claude Virot, psikiater dan Pengarah Institut Penyelidikan dan Latihan dalam Komunikasi Terapeutik di sana. Virot membantu menganjurkan latihan hipnosis dan berkata kira-kira 500 profesional kesihatan mendapat setiap tahun di Perancis.
Dr. Fabienne Roelants, pakar bius Marquis ', menyifatkan hipnosis sebagai negeri yang diubahsuai kesedaran.
"Minda pesakit pergi ke tempat yang menyenangkan, tetapi badan kekal di dalam bilik operasi." Di hospital Roelants, satu pertiga daripada semua pembedahan untuk membuang thyroids dan satu perempat daripada semua pembedahan kanser payu dara, termasuk biopsi dan mastectomies, hipnosis digunakan dan anestetik tempatan.
Dia dan rakan-rakan berharap untuk mengembangkan teknik untuk prosedur seperti hernia, arthroscopies lutut dan pembedahan plastik.
Roelants berkata jika pesakit-pesakit berasa sebarang kesakitan semasa prosedur dijalankan, pakar bius serta-merta memberikan mereka pukulan ubat penahan sakit.
Semasa prosedur di Brussels baru-baru ini di mana Tempat Christel, 43, tiroid itu dikeluarkan, dia keremot dahi beberapa kali untuk memberi isyarat kepada Roelants beliau memerlukan lebih banyak ubat. Di dalam bilik hijau terang yang membantu memenuhi keperluan pesakit, Letakkan gambar dirinya hiking di Alps Perancis manakala pakar bedah dihiris lehernya terbuka.
Tiroid adalah kelenjar kecil di bahagian bawah leher dan membuat hormon untuk mengawal metabolisme badan.
Ia kadang-kadang dibuang apabila ia menjadi besar, terlalu aktif atau kanser.
Pembedahan boleh dilakukan sama ada dengan bius setempat atau am dan dianggap berisiko rendah.
Tempat berkata bangun dari pembedahan adalah lebih mendadak daripada dia hendak dijangka. "Ia adalah seperti yang saya benar-benar di gunung-ganang dan 'poof', kemudian ia," Tempat berkata, ketawa.
Pakar-pakar lain berhati-hati bahawa hipnosis akan menjadi mustahil dalam operasi utama yang melibatkan hati atau organ-organ dalaman yang lain kerana kesakitan akan tidak tertanggung.
"Jika hipnosis tidak bekerja dan anda mempunyai abdomen atau dada seseorang itu terbuka, maka anda berada dalam masalah besar," kata George Lewith, seorang profesor penyelidikan kesihatan di Universiti Southampton. "Anda perlu boleh beralih ke pilihan yang lain dengan segera," katanya.
Konsistensi juga satu isu. "Ia tidak digunakan secara rutin kerana ia tidak berkesan dalam semua orang dan ia mengambil masa seketika," kata Dr Mark Warner, presiden Persatuan Amerika Anesthesiologists.
Beliau berkata doktor akan memerlukan masa tambahan untuk menjalankan hipnosis dan perlu bekerja lebih rapat dengan doktor pakar.
Warner berkata terdapat sebarang garis panduan mengenai penggunaan pembedahan di Amerika Syarikat
Dia sering menggunakan terapi muzik atau meminta pesakit ke gambar tempat kejadian menenangkan untuk mengalih perhatian mereka daripada ketidakselesaan mana-mana.
"Jika kita boleh mendapatkan lebih banyak penyelidikan ke atas kumpulan pesakit yang betul yang akan mendapat manfaat daripada (hipnosis), yang akan indah," katanya.
Beberapa pakar berkata, hipnosis adalah menjual keras kerana tiada satu pun benar-benar keuntungan daripadanya.
"Masalahnya ialah wang tersebut tidak benar-benar pergi ke tangan orang lain, dan satu-satunya orang yang benar-benar manfaat daripada pesakit," kata Guy Montgomery, Profesor Madya di Gunung Sinai Medical Center di New York, yang mengetuai kajian yang disiarkan dalam Journal of National Cancer Institute pada tahun 2007.
Dalam kajian itu, Montgomery dan rakan-rakan sekerja secara rawak 200 pesakit di Amerika Syarikat mempunyai biopsi payudara atau lumpektomi untuk mendapatkan sama ada hipnosis atau sesi ringkas dengan ahli psikologi terlebih dahulu.
Mereka mendapati dipukau pesakit memerlukan lebih sedikit ubat penahan sakit dan sedatif dan masa yang diperlukan kurang dalam pembedahan. Secara purata, setiap pesakit yang dipukau kos hospital kira-kira $ 770 kurang daripada orang-orang yang tidak dipukau.
Marquis mengesyorkan hipnosis kepada pesakit yang ingin mengelakkan anestesia, tetapi memberi amaran ia bukan untuk semua orang.
"Anda perlu berada dalam kerangka yang betul mental fikiran untuk ini, akan disediakan dan amanah kakitangan perubatan untuk menjaga kamu," katanya.
"Jika anda sangat ragu-ragu hipnosis dan yg ditandai keluar kira-kira sama ada ia akan bekerja, ia mungkin tidak akan." - AP